Tips Puasa untuk Pesakit Gastrik


0
SHARES

Umat ​​Islam di seluruh dunia akan berpuasa pada bulan Ramadan ini, dengan perintah ilahi. Walau bagaimanapun, bolehkah anda berpuasa jika anda mengalami gastritis dan penyakit ulser peptik (PUD)? Adakah dengan berpuasa ia boleh membawa komplikasi yang tidak diingini seperti peningkatan tahap asid dalam perut kosong, sekali gus memburukkan gastrik dan PUD? Dapatkan jawapan daripada temu bual khas kami dengan Dr Razrim Rahim dari Hospital Columbia Asia, Petaling Jaya.

tips puasa untuk pesakit gastrik

Dr Razrim Rahim, General Surgeon dari Hospital Columbia Asia Petaling Jaya



GetDoc: Bolehkah seseorang yang mempunyai masalah gastrik atau penyakit ulser peptik (PUD) berpuasa pada bulan Ramadan?

Dr Razrim: Ia tidak seharusnya menjadi masalah. Jika anda mempunyai gastritis ringan ia tidak seharusnya menjadi masalah, anda hanya perlu menyesuaikan waktu makan anda dengan sewajarnya. Di Malaysia, puasa tidak begitu sukar kerana ia adalah sama seperti ponteng makan tengah hari anda. Pesakit boleh mengambil beberapa langkah mudah untuk mengurangkan risiko komplikasi gastritis atau PUD ketika berpuasa.

Jika anda seorang gastritis atau pesakit PUD, anda boleh memeriksa keadaan anda dengan doktor anda sebelum berpuasa.



GetDoc: Apakah komplikasi yang paling teruk yang boleh terjadi kepada para pesakit seperti itu?

Dr Razrim: Sesetengah orang boleh mendapat ulser berlubang tetapi perkara ini jarang berlaku kepada pesakit. Selalunya ia adalah sakit yang tidak membenarkan anda untuk menjalankan kerja-kerja anda, ini mungkin komplikasi yang lebih teruk yang mungkin terjadi kepada pesakit.

Selain itu, terdapat dua kategori kesakitan – satunya adalah sakit gastrik apabila mereka tidak makan apa-apa di mana satu lagi kesakitan dialami apabila mereka makan. Kesakitan yang dialami ketika makan tidak menjadi masalah sekiranya pesakit sudah mengetahui tentang makanan yang perlu diambil dan dielakkan.

 

GetDoc: Apakah nasihat doktor untuk pesakit yang mengalami H.pylori?

Dr Razrim: Jangkitan H.pylori bukan satu masalah jangka panjang. Anda boleh mendapatkan rawatan dalam masa 2 minggu dengan rawatan seperti antibiotik dan juga anti-asid. Rawatan ini tidak menghalang pesakit daripada berpuasa kerana H.pylori merupkan jangkitan seperti jangkitan-jangkitan yang lain. Ia tidak akan menjadi satu masalah yang kronik dan Ia juga tidak akan memainkan sebarang peranan kepada pesakit untuk berpuasa atau tidak.

 

GetDoc: Apakah makanan dan minuman yang disyorkan kepada pesakit yang mengalami gastrik dan juga PUD ketika tempoh berpuasa?

Dr Razrim: Kebanyakan para pesakit ini tahu apa makanan dan minuman yang boleh mengundang gastrik berdasarkan pengelaman mereka sendiri. Oleh itu, mereka harus mengelak atau mengawal diri mereka daripada mengambil makanan yang boleh mengundang sakit gastrik ini. Lazimnya, makanan yang boleh menyebabkan sakit gastrik adalah makanan pedas dan kadangkala kopi juga dapat mengundang sakit gastrik.

Tips Puasa untuk Pesakit Gastrik

Imej daripada Hospotrade



GetDoc: Adakah doktor mencadangkan mereka untuk mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran dengan jumlah yang lebih banyak dalam diet mereka?

Dr Razrim: Diet yang sihat sentiasa membantu. Makanan yang segar dan organik sentiasa disyorkan. Ya, ramai orang tidak mampu makan makanan organik sepanjang masa, jadi pilihlah makanan yang kurang diproses. Elakkan makanan yang boleh menyebabkan sakit gastritis kerana ia menjengkelkan untuk lapisan perut.

Jadi gaya pemakanan yang sihat pada dasarnya adalah jawapan untuk kebanyakan keadaan, sama ada untuk mencegah kanser atau gastritis.

 

GetDoc: Apa nasihat anda kepada pesakit gastritis yang mengalami kesakitan ketika berpuasa? Apa yang mereka perlu lakukan?

Dr Razrim: Jika sakit yang sederhana, mereka boleh terus berpuasa. Jika kesakitan tidak dapat ditahan, maka saya akan menasihati mereka untuk mengambil ubat-ubatan dan berbuka. Anda hanya perlu menggantikan puasa kemudian.

Jika pesakit tidak dapat menahan kesakitan itu hingga ia menggangu kerja pesakit, pesakit boleh berbuka puasa.

Antasid dalam bentuk cecair boleh memberi kelegaan segera. Terdapat pelbagai ubat yang dapat mencegah keasidan perut jatuh kepada level yang terlalu rendah. Ubat ini boleh dimakan selepas berbuka ataupun memakan satu atau dua biji sebelum sahur.

Jadi, anda dapat menyesuaikan diri dan mengambil ubat mengikut waktu berpuasa. Anti-Asid(PPI) adalah satu ubat yang memberi kesan untuk satu tempoh yang lama. Ia hanya mengambil masa yang singkat untuk ubat ini untuk membantu melegakan kesakitan. Oleh itu, anda haruslah mengambila ubat anda secara konsisten dan juga mengambil ubat anda apabila ia bukan waktu untuk berpuasa.

 

GetDoc: Doktor ada sebarang cadangan untuk perubahan gaya hidup bagi pesakit gastritis dan PUD semasa Ramadan?

Dr Razrim: Yang paling penting adalah untuk mengubah suai masa ubat anda mengikut masa berbuka puasa. Satu lagi perkara yang penting adalah tidak makan segala-galanya pada satu masa. Terdapat ramai orang yang mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak ketika berbuka puasa. Anda perlu melawan godaan untuk mengambil makanan yang terlalu banyak. Perkara ini dapat diatasi sekiranya anda makan dengan lebih kerap dan bukan dengan memadatkan diri anda dengan kuantiti makanan yang banyak sekali gus hanya kerana anda telah membayar untuk bufet itu. Ia tidak berbaloi. Waktu makan yang tetap dan juga pengambilan makanan dalam kuantiti yang kecil adalah tindakan yang paling terbiak untuk orang-orang yang menghadapi penyakit gastritis.

 

GetDoc: Bagaimana pula dengan merokok dan bersenam?

Dr Razrim: Merokok merupakan satu faktor yang terbukti menyebabkan gastritis. Ia harus dielakkan sama sekali. Merokok adalah pasti tidak bermanfaat secara umum. Tidak ada sebab untuk berhenti kerana ia merupakan fakta bahawa merokok hanya akan membuat mereka lebih letih. Apa yang boleh dilakukan adalah untuk bersenam pada waktu petang atau malam supaya mereka dapat mengambil kuantiti air yang lebih selepas bersenam. Anda perlu memilih waktu rutin senaman anda sekitar waktu berbuka ataupun malam supaya anda tidak terjejas semasa berpuasa.

Perkara ini untuk mengelakkan anda daripada dehidrasi kerana anda tidak boleh menggantikan cecair dalam masa yang singkat. Sebagai contoh, anda boleh berjalan untuk 45 minit pada pukul 6.30 petang dan ia akan hampir pada waktu untuk berbuka. Di Malaysia, kami agak bertuah kerana tempoh puasa kita hanya 12 jam setiap hari. Di sesetengah negara pula seperti UK, waktu berpuasa pada musim panas bermula pada kira-kira 3.00 pagi dan berakhir pada jam 10 malam. Jika dibandingkan dengan kami di Malaysia, kami amat bernasib baik. Jadi ia segalanya adalah tentang perancangan dan cubaan untuk meneruskan apa sahaja yang anda lakukan. Puasa bukan sebab untuk menukar jadual biasa anda ataupun boleh menjejaskan produktiviti anda.

Tips Puasa untuk Pesakit Gastrik

Imej daripada VegKitchen



GetDoc: Apakah makanan disyorkan untuk Sahur?

Dr Razrim: Idea ini adalah untuk menyediakan tenaga lestari dalam tempoh berpuasa jadi makanan supaya sihat adalah lebih baik. Sebagai contoh, anda akan berasa kenyang lebih lama jika makan makanan yang sama jumlah. Ia kembali kepada pemakanan sihat jadi saya cadangkan makanan seperti roti gandum dan bukannya roti putih dan juga beras perang bukan beras putih. Ini dapat memastikan level glukosa di dalam badan dapat dikekalkan. Apabila makan nasi putih atau roti putih, paras glukosa naik dan datang dengan cepat, dan kemudian anda mula berasa lapar. Walau bagaimanapun, ini tidak berlaku untuk beras perang atau roti coklat. Beras perang ambil lebih masa untuk dihadamkan dan lebih perlahan untuk meningkatkan tahap gula dalam darah, oleh itu anda akan berasa kenyang lebih lama.

 

GetDoc: Adakah anda akan mengesyorkan diet berasaskan karbohidrat atau diet kaya protein?

Dr Razrim: Makanan yang boleh didapati di Bazaar Ramadan kebanyakan adalah makanan yang diproses. Ia tidak sihat kerana ia mengandungi terlalu banyak minyak. Anda perlu mendapatkan jumlah yang sama untuk kategori karbohidrat dan protein. Ramadan tidak bermakna bahawa anda perlu membuat perubahan drastik kepada diet anda. Jika anda sudah biasa dengan diet yang kaya dalam protein sebelum Ramadan, anda boleh terus berbuat demikian.

Tips Puasa untuk Pesakit Gastrik

Imej daripada NDTV Food 



GetDoc: Adakah buah kurma satu kemestian untuk berbuka puasa?

Dr Razim: Kurma adalah makanan yang disyorkan kerana ia tinggi dalam fiber dan juga disyorkan oleh agama, ia bukan satu kemestian. Anda boleh mempunyai beberapa kurma dan makanan ringan sebelum solat maghrib, diikuti dengan hidangan utama selepas solat maghrib.

 
Ada soalan untuk Doktor? Hantarkan mereka!




Contact Form - Razrim Rahim




  • How may we address you?






by Qian

Qian's interest in healthcare industry came about after her father was diagnosed with bladder cancer. This experience has led her to become a strong believer in empowering individuals to take charge of their own health. View all articles by Qian.




JOIN OUR COMMUNITY

Don't miss out on latest medical tips and information!

Join us for FREE now to enjoy special health screening offers!

**Offers are limited to 200 subscribers only**

100% Privacy. We don't spam.

Latest Articles

  • Breast-feeding Vs Formula-feeding – Is one better than the other?

    August 11, 2017 93

  • Management of Complex Surgical Wounds

    August 08, 2017 68

  • Understanding Piles

    August 03, 2017 67

  • Don’t Neglect Your Colon!

    July 26, 2017 74

  • The New Frontier – Colorectal Surgery

    July 24, 2017 95