Semua yang Anda Perlu Tahu Tentang Pusat Rehabilitasi Ini


0
SHARES

Apakah yang anda tahu mengenai pusat rehabilitasi? Adakah anda pernah dengar mengenainya? Bagi kami, tidak ramai yang memahami apakah sebenarnya fungsi pusat rehabilitasi. Dalam artikel ini, kami telah menemuramah PEMBINA, sebuah pusat rehabilitasi di Malaysia untuk memberi penerangan lanjut tentang mereka dan apa yang mereka lakukan di pusat rehabilitasi.

GetDoc: Bolehkah anda terangkan mengenai PEMBINA?

PEMBINA: PEMBINA adalah sebuah perusahaan sosial yang membantu dalam pemulihan fizikal dan mental kanak-kanak dan belia kurang upaya (OKU) untuk menjalani kehidupan yang lebih berdikari dan kami juga memberikan servis yang mantap kepada semua warga Malaysia untuk mencapai kualiti fizikal yang lebih baik. PEMBINA menyediakan rehabilitasi yang berpatutan serta kami mensasarkan golongan Dasar Piramid  (B40) di Selangor. Visi kami adalah membuka cawangan pusat rehabilitasi yang kedua secepat yang mungkin.



GetDoc: Mengapakah anda membuka pusat rehabilitasi ini? Bolehkah anda berkongsi cerita dengan para pembaca mengenai sejarah pembukaannya?

PEMBINA: Pusar rehabilitasi ini telah dibuka pada Oktober 2014 semasa sebuah Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) yang bernama Pertubuhan Kebajikan Warga Kurang Upaya (PEMBINA) menamakan salah seorang pengarah kami sebagai penasihat ekonomi mereka. Kami telah bertanding dalam Malaysian Global Innovation Centre (MaGIC) dan pengarah kami telah diterima menjadi Kohort Pertama Pecutan Perusahaan Sosial pada Julai 2015. Kemudian, kami bekerja di bawah nama syarikat Sdn Bhd untuk menepati terma dan syarat dalam menjalankan Perusahaan Sosial menerusi ilmu yang telah kami pelajari.

GetDoc: Bolehkah anda terangkan apa yang anda lakukan di pusat ini?

PEMBINA: Kami bekerjasama dengan Pusat Dalam Komuniti (PDK) di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Malaysia dengan menyediakan akses perubatan rehabilitasi. Pasukan kami terdiri daripada Ahli Terapi Cara Kerja, Ahli Fisioterapi, serta 2 orang doktor yang berkelayakan dalam memberi servis perubatan rehabilitasi dan pemulihan anggota yang terbaik untuk kanak-kanak dan belia OKU.

 

Alat-alat Terapi Fizikal

Alat-alat Terapi Fizikal



GetDoc: Kedengaran menarik, terapi apakah yang terdapat di pusat rehabilitasi anda?

PEMBINA: Kami menyediakan program Terapi Fizikal dan juga Terapi dengan Mainan (Play Therapy). Terapi dengan mainan ini membantu kanak-kanak dan belia OKU yang mempunyai masalah fizikal dan mental untuk mengembangkan fungsi motor kasar dan motor halus mereka serta mengenali diri mereka serta kebolehan mereka dengan lebih mendalam. Terapi ini menggunakan permainan dan seni kreatif, teknik yang boleh diadaptasikan ke dalam diri kanak-kanak yang bermasalah fizikal dan mental. Mereka juga dapat merangsang kebolehan deria sentuh, keseimbangan badan, dan juga mempertajam koordinasi badan. Selain itu, terapi ini juga dapat membina keyakinan diri dan belajar untuk menggunakan kebolehan diri mereka. Setelah selesai sesi terapi, mereka akan dapat mengatasi halangan berkenaan ketidakupayaan mereka scara berperingkat.

GEtDoc: Mengapakah para ibubapa perlu menghantar anak-anak mereka ke pusat rehabilitasi PEMBINA?

PEMBINA: Kelebihan kami adalah harga perkhidmatan yang kami tawarkan amatlah berpatutan jika dibandingkan dengan pusat rehabilitasi yang lain lebih-lebih lagi pusat kami lebih spesifik kea rah rehabilitasi kanak-kanak dan belia OKU. Kami juga terletak di pinggir Lembah Klang, kami ingin menjadi mesra pengguna dan memberi perkhidmatan kos rendah agar perkhidmatan kami dapat disalurkan kepada kebanyakan komuniti.

GetDoc: Apakah perkhidmatan yang diitawarkan selain daripada terapi fizikal, terapi cara kerja, serta terapi permainan yang anda tawarkan?

PEMBINA: Selain daripada perkhidmatan yang telah diterangkan di atas, kami juga menyediakan perkhidmatan menunggang kuda. Kadangkala, orang ramai lebih memfokuskan kepada ketidakupayaan fizikal kanak-kanak dan menidakkan keperluan emosi mereka. Kami berpandangan jauh untuk menjadi Pusat Terapi Berkuda (Equine-Assisted Therapy, EAT) untuk membantu kanak-kanak istimewa seperti hiperaktif, kemurungan, autisma, sindrom Down, daln lain-lain yang bersesuaian. 

 

Terapi Berkuda

Terapi Berkuda



Khidmat Menunggang Kuda

Khidmat Menunggang Kuda



 

 

 

 

 

 

 

 

GetDoc: Bolehkah anda terangkan mengenai perkhidmatan menunggang kuda ini?

PEMBINA: Ya, oleh sebab kudakebanyakannya agak berkelakuan seperti manusia terutamanya sikap dan reaksi mereka terhadap kehidupan sosial, para pesakit akan lebih cenderung untuk membina hubungan dan persefahaman dengan kuda-kuda ini. Melalui terapi berkuda, para penunggangnya dapat membina keyakinan diri selain daripada meningkatkan keseimbangan badan dan koordinasi badan melalui tunggangan seterusnya menghasilkan hasil yang memberangsangkan. Para penunggang juga akan lebih memahami persekitaran serta lebih memahami arahan daripada ahli terapi itu sendiri. Teknik ini telah dibuktikan dan dikembangkan di Kanada dan Amerika Syarikat pada 1960. Ada bukti mengatakan bahawa kanak-kanak dapat meningkatkan kemahiran komunikasi, membina kemahiran sosial dan mengurangkan pengasingan diri. Kami sedang membina keupayaan kami dengan melatih ahli terapi kami dengan kemahiran dan sijil yang diperlukan.

GEtDoc: Golongan kanak-kanak OKU yang manakah yang anda fokuskan di pusat rehabilitasi ini?

PEMBINA: Fokus utama pemasaran kami adalah kanak-kanak dan belia OKU yang ditaja oleh Jabatan Kemahiran Masyarakat (JKM) di Pusat Dalam Komuniti (PDK) di Selangor. Kami juga mengunjungi setiap PDK dalam Selangor untuk memperkenalkan perkhidmatan kami dan menyelaraskan keperluan yang diminta oleh mereka tanpa melupakan kepentingan utama iaitu membantu  mereka mencapai kehidupan berdikari. Maka, semua kanak-kanak dan belia OKU haruslah dibawa untuk menemui doktor-doktor kami agar kesan rehabilitasi dapat diuji keberkesanannya dengan lebih tepat serta wang bantuan kerajaan dapat disalurkan ke tempat yang betul. Selain itu, kami juga mensasarkan para OKU yang ditaja oleh ibubapa atau Badan Bukan Kerajaan kerana harga kami amat berpatutan jika dibandingkan dengan pusat rehabilitasi yang lain.

GetDoc: Apakah rancangan masa hadapan anda untuk pusat ini?

PEMBINA: Kami dalam perancangan pringkat akhir untuk mengadakan kursus fasilitator “Mengajar Malaysia dalam Memperkasakan Pertuturan”. Program ini akan diketuai oleh Ahli Terapi Pertuturan yang berkelayakan di pusat kami. Kami akan membahagikan program ini kepada tiga peringkat iaitu peringkat Asas, Pertengahan 1& 2, serta Peringkat Praktikal. Seterusnya, dengan adanya penyertaan ekuiti daripada para pelabur, kami berharap agar dapat memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada kanak-kanak dan belia OKU di luar Selangor pula.

 
Jikalau anda ada sebarang pertanyaan, sila hubungi Miss Nadia Natasya Muhammad untuk mendapat maklumat yang lebih lanjut tentang PEMBINA.

Anda boleh membuat tempahan secara online untuk PEMBINA melalui laman web GetDoc. Anda juga boleh muat turun GetDoc aplikasi di Google Play Store atau Apple App Store dan buat tempahan sekarang!


Nadia Natasya Mahammud

by Nadia Natasya Mahammud

View all articles by Nadia Natasya Mahammud.




JOIN OUR COMMUNITY

Don't miss out on latest medical tips and information!

Join us for FREE now to enjoy special health screening offers!

**Offers are limited to 200 subscribers only**

100% Privacy. We don't spam.

Latest Articles

  • What Should You Know About Coronary Artery Disease?

    April 20, 2017 377

  • Get to Know Your Aesthetic Doctor – Dr Inder Kaur

    April 19, 2017 183

  • How Not to Gain Weight When Travelling

    April 14, 2017 72

  • Wear & Tear of Teeth? What’s That?

    April 11, 2017 374

  • Added Sugar Doesn’t Sweeten Your Health!

    April 06, 2017 60