Apa Yang Anda Tidak Tahu Mengenai Muhammad Ali


0
SHARES

‘Terbang seperti rama-rama, sengat seperti lebah’ – itu adalah kata-kata hikmat daripada peninju terkenal sepanjang zaman, Muhammad Ali. Berita kematiannya sangat mengejutkan para peminatnya di seluruh dunia namun beliau akan tetap selamanya hidup di dalam hati para peminatnya. Kita semua tahu akan penyakit yang dihidapi Ali iaitu penyakit Parkinson. Namun tidak semua yang benar-benar tahu akan penyakit ini bukan? Kami berharap agar artikel ini dapat membantu menjawab persoalan yang mungkin anda musykil selama ini mengenai penyakit Parkinson.

Apakah itu penyakit Parkinson?


Penyakit Parkinson adalah penyakit yang menyerang sel-sel saraf di dalam otak yang menghasilkan sejenis hormon yang dikenali sebagai dopamin. Maksudnya, pesakit yang menghidap Parkinson tidak dapat mengawal pergerakan mereka. Ianya sering dikaitkan dengan tremor (terketar-ketar), pergerakan yang lambat, pertukaran (perbelitan) dalam percakapan, gaya berjalan; atau adakalanya percakapan yang tidak jelas atau ‘slurred speech’.

Image Source

Image Source


Siapa yang boleh terkena penyakit Parkinson?


Adalah dijangkakan bahawa lebih kurang 4-5 juta orang di seluruh dunia menghidap penyakit Parkinson. Penyakit ini muncul selepas berumur 60 tahun namun ianya boleh terjadi dalam kalangan 40-an juga.

Image Source

Image Source


Apakah penyebab penyakit Parkinson?


Punca utama penyakit Parkinson adalah tidak diketahui namun ianya dikatakan terjadi apabila sel saraf yang menghasilkan dopamin (neurotransmitter atau bahasa mudahnya penghantar kimia) mula rosak dan mati. Fungsi dopamin adalah untuk membawa signal atau petanda kepada bahagian otak yang mengawal pergerakan. Simptom-simptom penyakit ini muncul setelah sejumlah sel saraf yang menghasilkan dopamin ini mati; seterusnya meninggalkan hanya sedikit sel yang menghasilkan neurotransmitter dan akhirnya mengakibatkan kekurangan neurotransmitter di dalam otak.

Beberapa faktor lain juga memainkan peranan penting sama ada anda bakal menghidap penyakit Parkinson atau tidak di kemudian hari iaitu;

Keturunan – saintis mendapati terdapat beberapa mutasi spesifik di dalam gen keturunan bole mengakibatkan Parkinson. Namun kebanyakannya terjadi apabila penyakit ini terdapat dalam kalangan ahli keluarga.

Faktor Persekitaran – Pendedahan kepada toksin atau sebahagian faktor persekitaran boleh meningkatkan risiko anda menghidap penyakit ini pada masa akan datang. Namun, risikonya tidaklah terlalu tinggi.

Jantina – Lelaki adalah lebih berisiko mendapat penyakit ini berbanding kaum wanita.

parkinson

Image Source



 

Apakah simptom-simptomnya dan berapakah jangkamasa untuk pulih (prognosis)?


Tanda-tanda atau simptomnya adalah terketar-ketar (tremor), pergerakan perlahan, peralihan/pertukaran gaya berjalan, dan seperti yang dinyatakan sebelum ini. Simptom asal akan mula terbentuk secara berperingkat, kadang kala ianya akan mula terjadi dengan sebelah tangan akan terketar-ketar dan jarang dapat dilihat dengan mata kasar. Tremor atau terketar-ketar di tangan adalah petanda utama Parkinson; anda juga perlu ambil cakna bahawa penyakit ini mengakibatkan pergerakan menjadi perlahan dan ketegangan otot. Antara petanda lain adalah;

Parkinson peringkat awal – Riak muka menjadi tidak berekspresi (emotionless), tangan tidak berayun semasa berjalan dan pertuturan menjadi tergagap-gagap. Lama-kelamaan simptom-simptom ini akan berlarutan dan menjadi semakin teruk. Keterukan simptom dan perkembangannya berlainan antara seorang pesakit dengan pesakit lain.

Peringkat yang lebih serius (advanced) – Pesakit mungkin tidak boleh berjalan dan tidak boleh menguruskan diri sendiri. Ada juga simptom yang tidak berkait dengan pergerakan iaitu kemurungan dan ketidak-fungsian kognitif atau terencat akal.

parkinson

Image Source


Adakah Penyakit Parkinson Menbawa Maut? Apakah Komplikasi atau Kesan Buruk yang Boleh Terjadi?


Kelemahan otot boleh mengakibatkan masalah paru-paru seterusnya mengakibatkan kesusahan untuk batuk ataupun menelan. Kadangkala, pesakit Parkinson boleh dijangkiti pneumonia ataupun jangkitan paru-paru. Namun begitu, punca utama kematian pesakit Parkinson adalah pneumonia aspirasi iaitu kegagalan bernafas serta jangkitan paru-paru. Dalam hal ini, cebisan makanan ataupun titisan cecair yang tidak dapat ditelan dengan baik akan masuk ke dalam saluran pernafasan seterusnya menghalang kemasukan udara sehingga membawa kematian.


Komplikasi/kesan buruk:


Penyakit ini selalunya akan berkait dengan penyakit lain namun ianya boleh dirawat.

  • Kemurungan – Pesakit Parkinson mungkin mengalami kemurungan. Menerima rawatan untuk kemurungan memudahkan perawatan penaykit lain bagi pesakit Parkinson. Terdapat juga perubahan emosi seperti keresahan, ketakutan, kekurangan motivasi, dan sebagainya.

  • Kepayahan Fungsi Kognitif – Terdapat juga masalah kognitif seperti dementia dan kepayahan untuk berfikir. Hal ini mungkin terjadi di peringkat lanjut penyakit Parkinson.

  • Masalah Tidur – Pesakit Parkinson boleh mengalami masalah tidur seperti kerap terjaga di waktu malam, bangun teralu awal di pagi hari, atau tidur di siang hari. Ada juga yang mengalami pergerakan mata yang pantas (rapid eye movement) lantas mengigau. Ubat dapat membantu merawat hal ini.

  • Masalah Pundi Kencing – Masalah ini mengganggu pesakit untuk mengawal pundi kencing seterusnya tidak dapat mengawal masalah buang air kecil.

  • Sembelit – hal ini adalah kerana dinding saluran pencernaan yang lemah, pesakit boleh mengalami sembelit.

  • Perubahan Tekanan Darah – Hal ini berlaku secara tiba-tiba dan akan menyebabkan pesakit berasa pening dan berpinar-pinar.

  • Ketidak-upayaan Membezakan Bau – Pesakit ini tidak boleh membezakan bau-bauan.

  • Lemah



Adakah Penyakit ini Dapat Diubati?


Sehingga kini, penyakit ini tidak dapat diubati. Namun begitu, terdapat banyak kaedah perubatan daripada ubat yang mengaal paras dopamine sehinggalah kepada pembedahan untuk memasukkan alat penghalang pergerakan terketar-ketar. Selain itu, fisioterapi dan terapi cara kerja juga dapat memberi kesan positif kepada pesakit.

Kesimpulannya, kami berharap agar anda dapat memahami dengan lebih jelas mengenai penyakit ini. Adakah anda mempunyai pengalaman menjadi penjaga ataupun mempunyai ahli keluarga yang mengidap Parkinson? Ceritakanlah kepada kami.


Nadia Natasya Mahammud

by Nadia Natasya Mahammud

View all articles by Nadia Natasya Mahammud.




JOIN OUR COMMUNITY

Don't miss out on latest medical tips and information!

Join us for FREE now to enjoy special health screening offers!

**Offers are limited to 200 subscribers only**

100% Privacy. We don't spam.

Latest Articles

  • Breast-feeding Vs Formula-feeding – Is one better than the other?

    August 11, 2017 87

  • Management of Complex Surgical Wounds

    August 08, 2017 63

  • Understanding Piles

    August 03, 2017 64

  • Don’t Neglect Your Colon!

    July 26, 2017 71

  • The New Frontier – Colorectal Surgery

    July 24, 2017 93